Langkawi

Assalamualaikum.

seperti tajuk entry kali ini - Langkawi - mari bercerita tentang percutian aku selama 5 hari di sana. It was the longest vacation I've ever had, penat tak hilang lagi. Penat duduk dalam kereta dengan ferry je, aku tak rasa penat pun 'berjalan' kat Langkawi.

Jalanraya kat Langkawi ni tak berselirat. So senang gila nak ingat, jalan sehala je. Kau akan jumpa jalan mati setiap hala tu, kalau sesat kau pusing je balik. Then mesti jumpa bangunan yang sama - lapangan terbang, mall, sawah padi and roundabout. Sebab aku rasa ayah aku hafal dah jalan kat Langkawi, plus dia dah pernah pergi 2 tahun lalu. Aku yang buat pertama kali pergi pun rasa dah boleh hafal. Ok tipu sebab aku akan guna papago atau google map. Aku ni budak era pascakemerdekaan yang sophisticated (in denial forever hopeless).

Aku dan family gerak dari rumah dalam pukul 6 petang? Yeah, sehari sebelum nak check-in hotel. I was like, ok it must be a long journey, I guessed. Again, aku tak tahu pun kita kena drive all the way to Perlis untuk ke Langkawi. I noob I know. Tapi ayah aku drive terus ke Perlis kot. Tapi berhenti kat mana tah, kami semua tidur cam gelendangan di dalam kereta sebab ayah aku drive pun sampai kena hon sebab reckless gila. 8-9 jam kot dalam kereta, mana tak mengantuk dan kebas punggung. Aku dah berazam kalau pergi Langkawi lagi aku nak naik flight.

Kitorang tiba di Kuala Perlis dalam pukul 5 pagi. Ferry dikhabarkan akan tiba pada pukul 6.30 jadi kitorang duduk di masjid kat jetty tu sementara tunggu subuh. Ayah aku tidur kot masa ni, penat sangat gamaknya. Aku yang terlebih tidur ni excited sebab first time pergi jetty. Departed to Langkawi dalam pukul 7 sebab chaotic dalam ferry. Sesiapa yang first time nak naik ferry, duduklah ikut nombor ticket. Kitorang dah penat sangat so ayah aku selamba duduk seat mana2 (ayah aku pun first time naik). Aku peliklah ada pakcik duk usha kitorang - dahlah masa tu aku sibuk selfie hashtag firsttimenaikferry, rupa-rupanya tu seat dia.

Duduk di seat mengikut nombor, dalam 1 jam setengah perjalanan ke Langkawi. Aku tidur sepanjang perjalanan tu sebab kesejukan, and then takde benda nak buat (walaupun diorang pasang movie bini2ku gangster) aku pilih untuk tidur. Orang lain duk gelak pun aku tak tercabar langsung, aku nak ketawa pun tak larat. Sampai di jetty Langkawi, semua berebut-rebut nak keluar ferry. Nevertheless, we managed to land safely di Jetty Point Langkawi dalam pukul 8.

It was a sunny day in Langkawi. Sampai-sampai tunggu kereta yang nak disewa sampai. Ayah aku sewa Avanza - dalam RM150 sehari - cukuplah untuk 6 orang penumpang dan dua bagasi besar. Katanya harga sewa kereta naik kalau musim cuti, tak taulah betul ke tak. Seperti yang aku cakap, jalan kat langkawi ni tak berselirat so memang senang sangat nak ke mana2. Pulau tu tak banyak pembangunan sangat, tapi menenangkan bagi aku. It reminded me of suasana kampung somehow. Mungkin sebab ada sawah padi, rumah kampung and kedai makan di tepi jalan. We ate our first meal pun kat kedai makan tepi jalan je - roti canai black pepper. Sedap, cuma jangan tanya kat mana.

Kitorang duduk di Perdana Beach Resort. Lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang, tidak jauh dari pantai. Tapi tak boleh nampak pun pantai tu, I don't know why. Lepas checked in hotel, kitorang qada tidur je. So hari pertama basically di hotel saja, dengan channel tv3 je yang function.



Hari kedua. Ayah aku bawa kitorang naik cable car kat Oriental Village. Kalau pergi Langkawi tak naik cable car memang rugi. Sebab kau boleh nampak hampir satu pulau dengan naik gendola tu je. Di atas puncak tu pulak sejuk, boleh fefeeling berada di luar negara. (Sejuk masih belum negatif darjah celcius, so takyah bajet sangat.)



Hari ketiga, we went to Eagle Square. Kemudian, kitorang pergi makam mahsuri dan melawat perkampungan kat sana. Hari tu jugak kitorang borong coklat kat Pekan Kuah.


Hari keempat, we visited Bird Paradise. Adik aku Amir tu yang nak pergi sangat, entah apa-apa jugaklah permintaan terakhir dia. I don't fancy animal but siap ada video with these babies.


Sebenarnya, ada banyak lagi tempat kitorang pergi and took pictures. Tapi aku malas nak cerita panjang sebab it was a family trip. Aku cuma nak bagi gambaran Langkawi je - coklat dan barang2 dia murah. Aku sarankan bawa bagasi atau beg lebih kalau tak nak pegang plastic bag banyak2.

Alasan kenapa kena bawa extra bagasi. 

Current favorite





Okbye.